Thursday, February 17, 2011

Makan Time !




yeahh ! makan je keje .. patut laa gemukk ! aku selalu bagi makan kucing aku 3 kali sehari... pagi,tengah hari,malam.. petang kadang-kadang je.. aku selalu bagi makan kucing aku Nasi Ikan Rebus ! kucing aku yang kuat makan ialah !!!! : buat masa sekarang ni yang kuat makan .. Kelabu .. Gemokk kuat makan jugak tapi makanan dia selalu kene curi denagn Kelabu hahahah ! gambar ni diambil semalam .. time malam-malam.. aku yang ambik sendiri ! cantek tak ?? hahaa..

Kucing Tengah Hisap Susu~





Amboi-amboi !! sedapnyer isap susu ! sehingge menjilat kaki .. hahahah ! ini dia rutin harian kucing aku ! MINUM MINUM MINUM ~! ^^

Kucing Tidur Depan Nasi ! ^.^



Kucing kekenyangan !!!

Barang Kucing Yang Baru Beli

Untuk shampoo kucing , aku gune jenama "mcm"

Makanan kucing jenama "Frieskies"


Susu kucing jenama "Nicki"


Barang-barang kucing ni aku baru je beli tadi dekat Giant .. aku beli siket dulu .. nanti beli lagi ! first time aku beli frieskies untuk kucing baru aku .. and kucing aku tak makan sangat sebab tak biase lagi.. so aku kene ajar lah siket ! Sama jugak dengan susu yg khas untuk kucing ni .. baru first time aku beli untuk kucing aku !! selama ni aku cuma bagi kucing aku minum susu Goodday jer ..

Kucing Tengah Bermain♥

KELABU & GEMOK !


Tengok puas-puas ! hahaah.. memang comel betul ! geramnyer .....

Wednesday, February 16, 2011

Kucing Baru !


Ini dia kucing baru aq yang dilahirkan oleh Max ! Comelkan kan kucing baru aku ni ! Ni ade sikit biodata pasal kucing2 yang baru ni :

Biodata kucing baru dari kiri :

Nama : Tompok
Jenis : Tempatan
Umur : 2 minggu setengah
Jantina : Jantan
Makanan : Kacukan tempatan dan parsi (jenerasi kedua)
Kegemaran : duduk dengan ibunya..
Sifat : Manja & Penakut

Tompok ni aku tak berape tahu dia suka buat ape .. sebab dia duduk dekat ibunya dan aku tak jaga dia :/

Nama : Kelabu
Jenis : Kacukan tempatan dan parsi (jenerasi kedua)
Umur : 2 minggu setengah
Jantina : Jantan
Makanan : Nasi ikan , Whiskas & Frieskies
Kegemaran : duduk atas pangku tuanye , berlari (mentang2 daa pandai lari!!) & bermain
Sifat : Manja

Kelabu ni dia kuat makan dengan kuat minum susu .. kalau dia tengok Gemok tengah hisap susu mesti dia dengki nak jugak ! hahahaa..

Nama : Gemok
Jenis : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 2 minggu setengah
Jantina : Jantan
Makanan : Nasi ikan , Whiskas & Frieskies
Kegemaran : Minum susu , tidoo kat pangku tuannye & merayau
Sifat : Manja

Yeahhh !! akhirnya keluar jugak kucing DLH ni !! dah lama nantikan time ni baru nak dapat ! ni baru first time nak jaga kucing DLH ni ! sukesuke ^^

Nama : Cicak
Jenis : Kacukan tempatan dan parsi (jenerasi kedua)
Jantina : Jantan
Makanan : Nasi ikan !
Kegemaran : Makan & bergurau
Sifat : Manja

Cicak ni kucing acik aku ! dia suruh aku jage kucing ni hingge besar siket ! nanti bulan 6 acik daa nak ambek kucing ni ! sedeh nyerr .. semoge Cicak boleh menyesuaikan diri biler dah ade kat sana nanti ! I WILL MISS YOU !!!

Tips : Cara Penjagaan Anak Kucing


Anak kucing yang baru dilahirkan masih terlalu lemah untuk melawan sebarang penyakit. Oleh itu, anak kucing anda perlu mempunyai antibodi di dalam badan. Namun antibodi anak kucing selalunya diperolehi dari induknya sendiri iaitu melalui air susu ibunya. Kolostrum adalah cecair pra susu yang dihasilkan dari puting susu induk setelah melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama. Air susu ini berwarna keputihan serta kental dan ia mengandungi protein antibodi, vitamin dan beberapa nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, lactalbumin, glycoprotein, cytokine dan lain-lain yang berkesan untuk melawan virus seperti bakteria, kulat, alergi dan toksin.

Kolostrum mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada susu dan ia sebenarnya membekalkan faktor imun untuk menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan daya hidup kepada anak kucing anda yang baru lahir.

Antibodi ialah proten yang berbentuk molekul besar yang akan berpecah menjadi kecil di dalam sistem pencernaan. Hanya setelah 24 jam tempoh air susu yang keluar kebiasaannya tidak akan mengandungi kolostrum lagi. Oleh itu anak kucing yang baru di lahirkan harus diberikan susu segera supaya mendapat antibodi yang masih mengandungi kolostrum. Kemudian, barulah kita boleh memberikan vaksin untuk menggantikan antibodi melalui susu induknya. Untuk pengetahuan anda, tidak semua antibodi yang terdapat dalam kolostrum akan memberi kebaikan kepada anak kucing anda. Jika anak kucing yang mempunyai perbezaan jenis darah dengan induknya kolostrum ini boleh mengancam nyawa anak kucing.

Tempoh kekebalan antibodi dari kolostrum sebenarnya adalah bergantung kepada jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing. Oleh itu jika jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing adalah kurang, maka potensi kekebalan anak kucing juga adalah rendah. Antibodi dalam kolostrum juga dikenali sebagai antibodi maternal. Antibodi maternal yang terdapat pada darah anak kucing akan berkurangan sedikit demi sedikit, dalam tempoh minggu ke 6 – 8. Oleh itu anak kucing sebaik-baiknya diberikan vaksin pada umur 9 minggu, agar anak kucing mempunyai kekebalan antibodi yang cukup untuk melawan sebarang penyakit dan seterusnya barulah anak kucing anda diberikan vaksin mengikut jadual.

(Sumber : Malaysia Pets Collection - Tips & Secrets)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...